e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel > Dia Punching Bagku
Dia Punching Bagku
enlarge
Save

Dia Punching Bagku

Add to Compare
RM  21.00  10.00  
Item details
SKU: 9789670448954
Weight: 483 grams
Stock: Stock available


  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Sumpahan orang yang dah tiada. Wujud ke? Kalau tak wujud, kenapa hidup Delisha Armani tak pernah terisi sepenuhnya? Bahagia yang dirasa, kekosongan hatinya tetap ada. Kerana setia dan sayangnya dia pada teman-temannya, dia sanggup buat apa saja. Pada mereka yang menganiayai sahabatnya, dia akan balas meskipun tanpa senjata. Namun, berlaku satu kesilapan kerana dendamnya dibalas hingga membabitkan nyawa.


“I’ll love you till my last breath, Del. Till my last breath. Allah saja yang tahu hati Raz.”

Bertahun melangkah bersama rasa bersalah, Delisha cuba menerima kasih Qaiser yang sentiasa menjadi pendamping setia dengan harapan Qaiser mampu menghidupkan jiwanya dan melupakan kisah lama.

“Del, between laughing for no reason, stupid arguments, long talks and making fun of each other, I know I’ve fallen in love with you. Kita kahwin?”

Ketika bahagia hampir tiba, ada insan lain yang mahu melihat dia menderita sepertimana Harraz menderita hingga meninggal dunia. Ancaman yang diterima membuatkan insan-insan tersayang menjadi mangsa. Kemunculan DR yang disangkakan Hunter membuatkan dia hilang punca.

“Is this how you treat a guest? Hadiahkan sebiji penumbuk? How cool. By the way Cik Nurul Delisya Armani, you should learn macam mana nak kenal orang yang nak berkawan dengan orang nak ajak jadi lawan.”


Dia tertanya-tanya, siapa DR sebenarnya? Siapa Hunter yang memburunya? Mampukah cinta Qaiser melawan semua dugaan yang menimpa? Akan setiakah teman-teman di sisinya hingga ke akhir usia? Bagaimana pula dengan keluarganya?