e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel > Meow! Kau Curi Hatiku
Meow! Kau Curi Hatiku
enlarge
Save

Meow! Kau Curi Hatiku

Add to Compare
RM  21.00  10.00  
Item details
SKU: 9789673651993
Weight: 423 grams
Stock: Stock available


  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Seorang hantu kucing. Seorang lagi pembuli kucing. Apabila kedua-duanya bertembung, huru-haralah jadinya. Aik, pasal kucing pun nak bergaduh ke?

'Eh, yang encik duk tengok saja kucing tu kesakitan, kenapa? Tolonglah dia."

"Kucing tu dah tak lama dah tu. Biar ajelah dia mati kat situ. Rim kereta akuni, kau tak nak tanya pulak teruk ke tidak tercalar kena divider."

"Encik dah langgar kucing tu, lepas tu encik tak mahu bertanggungjawab pulak?"

"Dah dia melintas tak tengok kiri kanan, kau nak salahkan aku pulak? Kucing nilah yang salah. Sepatutnya, fekat jalan raya macam ni mana boleh melintas. Kalau nak melintas jugak, pergilah melintas kat zebra crossing sana. Guna aje lampu isyarat yang dah ada tu."

Tapi biasalah... dalam duk bergaduh macam tu, lama-lama jatuh suka juga. Masalahnya sekarang, si pembuli tu dah ada buah hati, Bella. Si hantu kucing pula single and available, tapi kena paksa kahwin oleh ayahnya dengan duda bertaraf pak cik ala-ala samseng Kampung Dusun, Haji Ripin.

Aduh! Gawat macam ni. Antara Bella dan Husna, Naim suka kedua-duanya. Dua-dua ada persamaan. Hantu kucing, gila kucing dan sayang kucing. Tapi, siapakah yang berjaya curi hati dia yang sangatlah takut kucing? Semuanya sebab pada suatu masa dulu!

Antara Naim dan Haji Ripin, Husna lebih sukakan Naim, tapi dia tak tergamak merampas hak orang. Haji Ripin pula, err... langsung tak masuk dalam tastenya. Bak kata Naim kepadanya, "Kalau kau nak kahwin pun, kahwinlah dengan orang muda macam aku ni. Teruk betul cita rasa dia."

Pening! Semuanya tersepit dan tak jumpa jalan keluar. Adakah Naim reda jodohnya dengan Bella? Tercapaikah hasrat Haji Ripin hendak memperisterikan Husna?

"Jadi, jawapan muktamad aku, aku hanya akan kahwin dengan perempuan yang aku sayang aje. Kau tahu kan siapa perempuan tu?"