e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel > Pandu Arah Ke Hati
Pandu Arah Ke Hati
enlarge
Save

Pandu Arah Ke Hati

Add to Compare
RM  25.00  10.00  
Item details
SKU: 9789673652495
Weight: 256 grams
Stock: Stock available


  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

“Kau jangan pandang rendah dengan pemandu treler seperti aku. Sebab kau tak tahu yang aku juga boleh pandu hati kau ke hati aku.”

Mohd Ariq - Sebuah nama yang ringkas. Namun, takdir hidupnya tidak semudah namanya. Hidupnya berubah 180 darjah apabila dia ditemukan dengan minah Nissan Skyline yang baru sahaja ditinggalkan kekasih.

Nur Hafiya - Gadis kepala batu dan kurang ramah. Mengenali lelaki bernama Ariq membuatkan hatinya kucar-kacir. Bila mata Ariq merenungnya pula Hafiya hilang arah. Resah gelisah jiwa dibuatnya!

“Misi pandu arah ke hati.”

“Asalkan ada jalannya.”

“Fiya dah sediakan highway untuk abang.”

Hafiya tubuhkan satu misi buat Ariq.  Daripada misi itu, hubungan mereka cuba dibina. Daripada seorang kawan kepada kekasih, daripada kekasih kepada teman hidup. Ariq bahagia hinggalah dia merasakan maruah dirinya mula dipijak-pijak oleh wanita kesayangannya itu. Hanya kerana sebuah salah faham, Hafiya tega melukakan sekeping hati lelaki yang tulus mencintainya. Tekadnya, Hafiya perlu dilupakan. Tidak guna mencintai wanita yang telah bermain dengan harga dirinya. Kata putus telah dibuat. Ikatan harus dileraikan.

Bila kebenaran terungkap, mampukah Hafiya meraih kembali hati Mr. Pemandu Hatinya itu? Bisakah dia memandu semula hati Ariq ke hatinya? Akankah misi pandu arah ke hati terlaksana andai dua jiwa kian berjauhan?