Price Range
    Manufacturers
    Home > Products > Buku Murah > Sahaja Aku Menikahimu
    Sahaja Aku Menikahimu
    enlarge
    Save

    Sahaja Aku Menikahimu

    Add to Compare
    RM5.00  
    Item details
    SKU: 9789670874364
    Weight: 457 grams
    Stock: Out of stock


    ISBN: 9789670874364
      Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

    Tan Sri Khalid susah hati melihat satu-satunya anaknya, Ezahra meliar ke kelab malam. Akhirnya dia

    memutuskan agar Ezahra bernikah dengan Fayyad, seorang lelaki yang tidak mempunyai harta tetapi, beragama demi menyelamatkan anaknya dunia dan akhirat. Walaupun pada mulanya Ezahra membangkang tetapi, disebabkan Tan Sri Khalid terkena serangan jantung akhirnya dia bersetuju untuk bernikah dengan Fayyad.

     

    Fayyad terpaksa menerima Ezahra walaupun wanita itu bukanlah ciri-ciri wanita yang diimpikan. Mengenangkan Tan Sri Khalid yang banyak berjasa kepada keluarganya, dia terpaksa menerima permintaan lelaki tua itu. Bukan hanya itu alasannya. Dia juga terpanggil untuk membimbing Ezahra ke jalan yang diredai Allah. Kejadian Ezahra hampir diperkosa telah membuka mata dan hati wanita itu. Bersama Fayyad, dia berasa selamat. Malah, dia juga belajar hidup susah… tapi bahagia dengan lelaki itu. Namun, apa yang penting hubungannya dengan Pencipta turut terjaga. Kebahagiaan mereka diduga dengan kehadiran Zahirah, bekas kekasih Fayyad dan kemunculan semula Hairi… kekasih lama Ezahra. Mampukah Ezahra dan Fayyad menongkah masalah ini?

     

    “Dia melindungiku dengan tingginya agama, budi dan maruah. Bukan dengan tingginya harta dan darjat.”