e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel > Signal Kiri Untuk Cinta
Signal Kiri Untuk Cinta
enlarge
Save

Signal Kiri Untuk Cinta

Add to Compare
RM  25.00  10.00  
Item details
SKU: 9789673652785
Weight: 439 grams
Stock: Stock available


  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

Gara-gara terlupa bagi signal kiri semasa mahu menukar lorong, Nila Zulqadree bertentang mata dengan Irdina Wira. Bila bertentang mata, mulut jadi bisu, jantung pula berdegup laju. Irdina Wira yang tengah berangin segera memberi ceramah penggunaan signal kereta secara percuma. Namun, bagi Zulqadree, signal lain pula yang sampai ke hati.

“Signal nak ke kiri dan kanan awak dah beritahu. Tapi ada satu lagi signal yang perlu saya tahu.”
“Signal nak ke mana lagi? Signal kenderaan memang ada kiri dan kanan aje.”
“Signal ke hati awak macam mana pula?”

Situasi jadi parahbila sudah kasi ayat pick up line, lupa pula nak minta nombor telefon. Zulqadree terus jadi bingung. Celah bangunan mana dia nak cari Cik Signal Kiri ni?

Ternyata, pertemuan tempoh hari bukanlah yang terakhir. Pertemuan seterusnya Zulqadree yang menjadi wira. Dia ikhlas membantu Irdina Wira sendiri tertanya-tanya siapakah insan misteri yang berhati tulus itu. Pertemuan demi pertemuan terus terjadi. Zulqadree bijak berbicara dalam menerbitkan rasa cinta. Lalu Irdina Wira angguk setuju bila Zulqadree melamar agar kedengaran bunyi kompang dipalu.

Bila sudah berkahwin, lain pula jadi. Irdina Wira berjauh hati. Bila si isteri berjauh hati, mestilah Zulqadree bijak dalam teknik mencuri hati. Ada sahaja tingkah dan ayat yang membuatkan hati Irdina Wira jadi tidak menentu. Mahu merajuk lama-lama pun tak jadi. Namun, ada peristiwa yang menyebabkan mereka bertukar peranan. Ganti, Irdina Wira pula yang bagi signal untuk memujuk.

Lalu berjayakah misi itu? Bagaimana pula dengan wira misteri yang menjadi tanda tanya di hati Irdina Wira? Signal cinta siapakah yang terlebih dahulu sampai ke hati?