e-commerce by webshaper
More information on product
Home > Products > Novel > Zer & Fiya
Zer & Fiya
enlarge
Save

Zer & Fiya

Add to Compare
RM  22.00  10.00  
Item details
SKU: 9789670874371
Weight: 416 grams
Stock: Stock available


ISBN: 9789670874371
  Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

AAFIYA. Seorang gadis yang tidak memerlukan seorang ‘lelaki’ yang bergelar suami dalam hidupnya. Bukan dia anti dengan lelaki. Cuma bagi dia, perkahwinan itu adalah perkara yang sangat serius dan dia pula masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Oleh itu, dia sedaya upaya ‘melarikan diri’ apabila daddynya cuba mencari jodoh untuknya. Sehinggalah munculnya Qaizer.

Lelaki yang buat hidup dia tunggang-langgang! QAIZER. Sebelum ini tidak pernah terlintas pun dalam kepalanya mengenai sebuah perkahwinan sehinggalah dia bertemu dengan Aafiya. Gadis yang menggugat ketenangannya. Yang bisa menggetarkan hati lelakinya. Ada ‘rahsia’ yang buat dia nekad dan pasti Aafiya adalah jodohnya. Untuk memastikan impiannya tercapai… dia terpaksa menjadi Qaizer yang bermulut manis, Qaizer yang tak tahu malu dan yang pasti Qaizer yang penyabar!

Berjayakah misi Qaizer nak pikat hati Aafiya? Dan apakah ‘rahsia’ yang disembunyikan oleh Qaizer?

“Pabila mamat sweet talker berjumpa dengan minah ‘kayu’… haru!