Price Range
    Manufacturers
    Home > Products > Novel > Cinta Di Hadapan
    Cinta Di Hadapan
    enlarge
    Save

    Cinta Di Hadapan

    Add to Compare
    RM5.00  
    Item details
    SKU: 9789673652341
    Weight: 407 grams
    Stock: Stock available


      Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

    “Kau ingat kepala aku ni buah kelapa ke yang boleh kau main-main?”- KHAYLA QAISARA

    “Memang kepala kau buah kelapa pun. Kalau bukan buah kelapa kau takkan jadi sewel macam ni.”- RAQIB DANIAL

    Pertelingkahan demi pertelingkahan terjadi antara mereka berdua. Seperti anjing dan kucing mereka akan bercakaran. Masing-masing tidak mahu mengalah.

    Khayla Qaisara benci kepada Raqib Danial. Raqib Danial juga amat membenci Khayla Qaisara. Rasa benci mereka semakin hari semakin menggunung tinggi. Rasa benci dan pergaduhan berlarutan hingga alam dewasa. Raqib Danial akan cuba untuk membalas setiap apa yang dilakukan oleh Khayla Qaisara terhadap dirinya. Jejaka itu tekad untuk menghuru-harakan hidup Khayla Qaisara. Kehadiran seorang jejaka tampan ke rumah Khayla Qaisara telah menyebabkan hati Raqib Danial dijentik dengan suatu rasa. Rasa yang dia sendiri tidak mengerti.

    Tanpa diketahui oleh semua orang terutamanya Khayla Qaisara, Raqib Danial telah merencana satu rancangan yang akan mengakibatkan hidup Khayla Qaisara porak-peranda. Rencana yang dirancang rapi untuk memudahkannya menakluk hidup Khayla Qaisara 100%. Raqib Danial berjaya!

    Khayla Qaisara rebah. Rebah kerana maruahnya diinjak-injak oleh penduduk kampung dan ibunya sendiri. Khayla Qaisara berusaha untuk mendapatkan semula kepercayaan ibunya, namun ia datang dengan syarat. Syarat ibunya adalah dia harus mempersuamikan Raqib Danial.

    Adakah rasa benci Khayla Qaisara terus kekal untuk Raqib Danial? Adakah rasa benci akan bertukar cinta? Adakah mereka akan menolak cinta tatkala ia sudah terbentang di depan mata? Jangan terlalu membenci kelak akan mencintai...