Price Range
    Manufacturers
    Home > Products > Buku Murah > Suka Benci Cinta Kita
    Suka Benci Cinta Kita
    enlarge
    Save

    Suka Benci Cinta Kita

    Add to Compare
    RM5.00  
    Item details
    SKU: 9789673652853
    Weight: 416 grams
    Stock: Out of stock


    ISBN: 9789673652853
      Share This   Add To Facebook   Add To MySpace   

    “I nak you kahwin dengan Dya ya. Please...”

    Kerana cinta Farish Haiqal buat Nia Suraya, Dya Zara dijadikan isteri. Namun, tanpa pengetahuan Farish Haiqal, Dya Zara telah lama mencintai lelaki itu. Dan, Nia Suraya juga tahu akan itu.

    Mula-mula memang susah nak bermesra. Tapi, dah nama pun suami isteri kan. Pusing kanan, pusing kiri berjumpa saja. Sudahnya Farish Haiqal ajak Dya Zara belajar bercinta. Mula-mula memanglah terkejut, tapi akhirnya...

    “Tak rugi abang belajar bercinta dengan Dya.”
    “Terima kasih bang.”

    Namun, bahagia berdua bersama hanya sementara. Hari ini suka, esok pula benci. Hari ini sayang, esok kena hina. Cemburu Farish Haiqal semakin hari semakin menebal. Dya Zara tidak tahu apakah puncanya. Itu bukanlah kesalahannya. Dia difitnah!

    Apakah kebenaran akan muncul? Mungkinkah kegembiraan dan kebahagiaan bakal menjadi milik Dya Zara kembali? Dan, selepas semua terjadi mampukah Farish Haiqal merebut kembali hati isterinya?

    “Sayang, cinta tidak hanya pada kesempurnaan. Semua orang ada persepsi sendiri. Bagi abang, cinta adalah ketika sayang menerima buruk dan baik abang. Dan abang pun menerima sayang dengan seadanya. Kita dapat mengisi keburukan kebaikan bersama. Apa yang kurang pada abang, insya-Allah ada pada Dya. Dan sebaliknya.”